5 Elemen PAK 21

Sunday, August 25, 2019

PEMBELAJARAN ABAD KE 21


Dalam menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia, banyak pakar pendidikan bersetuju untuk melakukan perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk meningkatkan prestasi semua murid dalam akedemik.  Kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu berubah sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. 
Kaedah pengajaran lama seperti menulis di papan tulis dan menerangkan kepada murid, kurang berhasil menarik minat murid sebaliknya memerlukan kaedah yang lebih kreatif dan pelbagai dengan kandungan pengajaran yang sesuai dengan perkembangan semasa.
‘Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran persaingan global yang semakin sengit, kita tidak boleh lalai. Oleh itu, Malaysia perlu melaksanakan perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk melonjakkan pencapaian semua murid. Tidak dinafikan bahawa proses pelaksanaan transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad 21. Oleh yang demikian, transformasi pendidikan bukan sekadar menambah bilangan kakitangan dan kemudahan, malah perlu menjurus kepada usaha untuk memahami dan menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran. – (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013)
Sepertimana yang dikatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013, Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) adalah proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika.  



1. KOMUNIKASI
Interaksi antara guru-murid, murid-murid dan murid-bahan secara lisan dan bukan lisan bagi menyampaikan ilmu yang mereka faham dan berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan.




    2. KOLABORATIF
  kerjasama dan muafakat antara guru-murid dan murid-murid secara aktif dan     menyeluruh     yang membolehkan pertukaran idea dan pandangan antara murid.


                                         




      3. PEMIKIRAN KRITIS
 Berlaku penerokaan pemikiran untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasional untuk   membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang           munasabah.

      4. KREATIVITI
 Proses penjanaan idea yang menghasilkan inovasi bahan, aktiviti dan projek yang baharu,     unik, berguna dan berkualiti.



                                 


5. NILAI MURNI DAN ETIKA
Penerapan dan pemupukan nilai murni dan etika ke arah pembentukan jati diri nasional mengikut acuan Malaysia. 







Berikut merupakan ciri-ciri pembelajaran abad ke-21:






No comments:

Post a Comment

PEMBELAJARAN ABAD KE 21

Dalam menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia, banyak pakar pendidikan bersetuju untuk melakukan  perubahan besar terhadap keseluruhan si...