Dalam menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia, banyak pakar pendidikan bersetuju untuk melakukan perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk meningkatkan prestasi semua murid dalam akedemik. Kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu berubah sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.
Kaedah pengajaran lama seperti menulis di papan tulis dan menerangkan kepada murid, kurang berhasil menarik minat murid sebaliknya memerlukan kaedah yang lebih kreatif dan pelbagai dengan kandungan pengajaran yang sesuai dengan perkembangan semasa.
‘Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran persaingan global yang semakin sengit, kita tidak boleh lalai. Oleh itu, Malaysia perlu melaksanakan perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk melonjakkan pencapaian semua murid. Tidak dinafikan bahawa proses pelaksanaan transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad 21. Oleh yang demikian, transformasi pendidikan bukan sekadar menambah bilangan kakitangan dan kemudahan, malah perlu menjurus kepada usaha untuk memahami dan menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran. – (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013)
Sepertimana yang dikatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013, Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) adalah proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid berteraskan elemen komunikasi,
kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti
serta aplikasi nilai murni dan etika.
1. KOMUNIKASI
Interaksi antara guru-murid, murid-murid dan murid-bahan secara lisan dan bukan
lisan bagi menyampaikan ilmu
yang mereka faham dan
berkongsi pengetahuan dengan
rakan-rakan.
2. KOLABORATIF
kerjasama dan muafakat
antara guru-murid dan murid-murid
secara aktif dan menyeluruh yang
membolehkan pertukaran idea
dan pandangan antara murid.
3. PEMIKIRAN KRITIS
Berlaku penerokaan pemikiran
untuk menilai sesuatu idea secara
logik dan rasional untuk membuat
pertimbangan yang wajar
dengan menggunakan alasan
dan bukti yang munasabah.
4. KREATIVITI
Proses penjanaan idea
yang menghasilkan inovasi bahan,
aktiviti dan projek yang baharu, unik, berguna dan berkualiti.

5. NILAI MURNI DAN ETIKA
Penerapan dan pemupukan nilai
murni dan etika ke arah
pembentukan jati diri nasional
mengikut acuan Malaysia.
Berikut merupakan ciri-ciri pembelajaran abad ke-21:


